Doa dan Harapan Buat Global Sumud Flotilla

ALOR SETAR, 1 Oktober 2025 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin & Doa Selamat sebagai tanda solidariti dan sokongan moral terhadap misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla yang kini sedang menempuh fasa sukar dan ujian yang berat.
Majlis ringkas yang berlangsung di Surau Menara SADA ini disertai oleh sebahagian warga kerja SADA bagi memohon perlindungan Allah SWT ke atas para sukarelawan agar terus dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam meneruskan perjuangan kemanusiaan untuk rakyat Palestin.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/17SU9iqqka/
SADA menzahirkan doa dan harapan agar keselamatan para sukarelawan terpelihara, serta misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla ini dipermudahkan dan mencapai matlamatnya.






