Kunjungan Hormat MIDA & Perbincangan Projek Pelaburan Berimpak Tinggi Di Kedah

557592517_771439492526188_8416287376193437165_n.jpg

ALOR SETAR, 30 September 2025 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) telah menerima kunjungan hormat daripada Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) yang berlangsung di Menara SADA.

SADA diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Radzuan Osman; Ketua Pegawai Operasi, Tuan Haji Zulazni Mohd Noor; Pengurus Besar Teknikal & Operasi, Ir. Saiful Azlan Mat Radhi; bersama barisan pengurusan jabatan berkaitan. Manakala MIDA diwakili oleh Pengarah MIDA Kedah/Perlis, Puan Nazlizan Abdullah serta delegasi.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/176iF9yTQi/

Sesi kunjungan ini turut disertai dengan perbincangan tentang perancangan projek Kulim Industrial Corridor (KIC7), salah satu projek pelaburan berimpak tinggi yang dijangka memberi manfaat besar kepada pembangunan ekonomi Negeri Kedah.

Melalui sesi ini, kedua-dua pihak menzahirkan komitmen untuk memperkukuh kerjasama strategik dalam memastikan aspek keperluan infrastruktur, khususnya bekalan air terawat, dapat diselaraskan dengan pembangunan projek berimpak tinggi di negeri ini.