Sesi Libat Urus SADA & LZNK Berhubung Pelaksanaan Program Subsidi Air Asnaf

ALOR SETAR, 29 September 2025 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) telah menghadiri sesi libat urus bersama Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) berhubung pelaksanaan program Subsidi Air Asnaf, yang berlangsung di Menara Zakat.
Sesi ini dipengerusikan oleh Penolong Ketua Pegawai Agihan LZNK, Encik Yusuf bin Ahmad, dan turut dihadiri Ketua Divisyen Pengurusan Agihan LZNK, Encik Jamaly Juwardy bin Jaafar.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1GA6gCxxFh/
Perbincangan memberi tumpuan kepada mekanisme pelaksanaan subsidi, merangkumi proses pengesahan data, tatacara agihan serta langkah penambahbaikan berterusan bagi memastikan manfaat program sampai kepada golongan sasaran.
SADA diwakili oleh Pengurus Kanan Jabatan Korporat, Puan Siti Syuhairah binti Sobri; Pengurus Kanan Jabatan Hasil, Encik Muhammad Nurakmal bin Adzmi; Pengurus Jabatan Teknologi Maklumat, Encik Muhammad Hilmi bin Abdul Halim, serta pegawai-pegawai berkaitan.
Kerjasama ini diharap dapat memastikan kebajikan golongan asnaf sentiasa terpelihara melalui akses kepada bekalan air terawat yang lebih terjamin.






