Sentuhan Kasih-SADA & PMC Berkolaborasi Raikan 38 Orang Anak Yatim

554572624_768890879447716_4581285705825023249_n.jpg

PENDANG, 27 September 2025 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) dengan kerjasama Putra Medical Centre (PMC) telah melaksanakan program Sentuhan Kasih bersama anak-anak yatim yang berlangsung semalam, 26 September 2025 di Rumah Anak Yatim Amal Solehah, Pendang.

Program ini disertai seramai 38 orang peserta daripada Rumah Anak Yatim Amal Solehah dan Pusat Kebajikan Anak Yatim & Miskin Al Munirah. Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti pertandingan mewarna, sukaneka, kuiz kesihatan, demonstrasi pertolongan cemas, serta penyerahan sumbangan kepada dua pusat kebajikan yang terlibat.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1BULzh7cxH/

Selain itu, para peserta turut diberi pendedahan mengenai kempen jimat air melalui aktiviti santai dan interaktif, sebagai usaha memupuk kesedaran sejak usia muda tentang kepentingan mengurus sumber air terawat secara berhemah.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) SADA dalam menyantuni golongan yang memerlukan, di samping memperkukuh jalinan kerjasama strategik dengan PMC dalam aspek kesihatan dan kesejahteraan komuniti.

SADA merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan program ini, dengan harapan ia dapat memberi kegembiraan dan manfaat berpanjangan kepada anak-anak yatim yang diraikan.