Kursus Pendekatan Strategik Dalam Mengurus NRW

542163553_748844461452358_7701869684756836873_n.jpg

ALOR SETAR, 3 Ogos 2025 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) telah menganjurkan Kursus Pendekatan Strategik Dalam Mengurus NRW (Non-Revenue Water) khusus untuk kumpulan pengurusan yang merangkumi ketua-ketua jabatan teknikal serta bukan teknikal pada 2 Ogos 2025 bertempat di Hotel Raia, Alor Setar.

Kursus ini bertujuan bagi meningkatkan kesedaran bahawa NRW bukan sekadar isu teknikal atau kebocoran paip, tetapi turut melibatkan aspek pengurusan kewangan, operasi, reputasi dan kelestarian syarikat secara menyeluruh.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/19iSdQCS25/

Sepanjang kursus, para peserta diberi pendedahan kepada model PALM (Prevent – Aware – Locate – Mend) sebagai strategi praktikal pengurangan NRW, peranan District Metered Area (DMA) & Minimum Night Flow (MNF), kaedah pengurusan tekanan, teknik pencarian kebocoran serta amalan terbaik industri serta peranan semua jabatan dalam menyokong usaha pengurangan NRW secara bersepadu.

Majlis turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Operasi SADA, Tuan Haji Zulazni bin Mohd Noor sebagai tanda sokongan terhadap usaha memperkukuh kompetensi dalaman dalam mengurus cabaran NRW.

Penganjuran kursus ini mencerminkan komitmen SADA dalam memperkukuh keupayaan organisasi agar sasaran pengurangan NRW dapat dicapai dengan lebih sistematik, strategik dan mampan.

Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara