Majlis Penyerahan Dron Pertanian Kepada LZNK Bagi Projek Smart Sawah Berskala Besar Asnaf (SBBA)

YAN, 1 September 2025 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) meneruskan komitmen dalam menyokong pembangunan komuniti apabila menyerahkan sebuah unit Dron Pertanian DJI T50 kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) bagi Projek Smart Sawah Berskala Besar Asnaf (SBBA) di Tapak SBBA, Batu 17 Padang Lumat, Yan.
Majlis penyerahan dron seterusnya telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Tuan Radzuan bin Osman dan disaksikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LZNK (Pentadbiran), Encik Ridzuan bin Ahmad serta Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LZNK (Operasi), Dr. Haji Mohd Faisal bin Mustaffa.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/16YBukud9a/
Selain penyerahan dron, program turut disusuli dengan sesi Sentuhan Ummah iaitu menziarahi empat (4) keluarga asnaf yang terlibat dengan Projek SBBA, di mana pihak LZNK dan SADA berkesempatan menyerahkan sumbangan barangan makanan asas sebagai tanda keprihatinan terhadap kesejahteraan keluarga penerima.
Turut hadir Pengurus Kanan Jabatan Korporat, Puan Siti Syuhairah binti Sobri dan Pengurus Kanan Wilayah Utara 1, Ir. Shattirq bin Mazelan.
Sumbangan strategik ini bakal dimanfaatkan oleh para peserta asnaf untuk meningkatkan produktiviti sektor pertanian padi secara moden, efisien serta berdaya saing. Ia seiring dengan aspirasi memperkasa ekonomi ummah melalui penerapan teknologi dan inovasi dalam bidang pertanian.
SADA percaya, inisiatif ini mampu memberi impak positif kepada golongan asnaf, di samping menyokong usaha LZNK dalam memperkukuh kesejahteraan sosioekonomi masyarakat secara mampan.







