Istiadat Perarakan Dan Perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 Peringkat Negeri Kedah Tahun 2025

ALOR SETAR, 31 Ogos 2025 - Istiadat Perarakan dan Perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 Peringkat Negeri Kedah Tahun 2025 telah berlangsung dengan penuh meriah di Dataran Medan Bandar.
Selaku agensi penting di bawah Kerajaan Negeri Kedah, Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) tidak ketinggalan untuk turut serta dalam istiadat berprestij tersebut.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1Atcp8RCTN/
Pada tahun ini, kontinjen SADA tampil segak dengan busana khas diinspirasikan daripada pakaian Melayu Klasik. Pemilihan rona biru dan merah sebagai warna dominan mencerminkan warna Jalur Gemilang.
Turut hadir memberi sokongan kepada kontinjen ialah Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Tuan Radzuan Osman bersama barisan pengurusan syarikat.
SADA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis gilang-gemilang ini.







