Mangsa Banjir Iboi Terima Manfaat Inisiatif CSR SADA

536267160_737450289258442_2532107877782597783_n.jpg

BALING, 20 Ogos 2025 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) selaku operator air Negeri Kedah turut memainkan peranan penting dalam menjayakan Projek Pembinaan 17 Unit Rumah Ganti dan Kemudahan Awam Kepada Mangsa Banjir Puing Kampung Iboi, Mukim Kupang, Baling, Kedah.

Sebagai sebahagian daripada sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR), SADA menanggung sepenuhnya kos kemasukan bekalan air baharu ke semua 17 unit rumah, yang merangkumi fi pemasangan meter, yuran pemprosesan dan deposit akaun. Selain itu, sebuah rumah pam baharu turut dibina bagi memastikan tekanan serta kelancaran bekalan air terawat di kawasan berkenaan.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1CAaTdnw8S/?mibextid=wwXIfr

Inisiatif ini mencerminkan komitmen SADA untuk memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara, khususnya mangsa bencana, di samping menyokong usaha kerajaan negeri dalam menyediakan kemudahan asas yang mampan termasuk di kawasan luar bandar.