Majlis Pelancaran Jersi Kontinjen Kedah SBAM Selangor 2025

534639683_735146646155473_3729541778507918532_n.jpg

ALOR SETAR, 17 Ogos 2025 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) hari ini telah mengadakan Majlis Pelancaran Jersi Kontinjen Kedah sempena penyertaan ke Sukan Bekalan Air Se-Malaysia (SBAM) 2025 yang bakal berlangsung di Selangor pada 20 hingga 25 Ogos 2025.

SBAM merupakan kejohanan dwi tahunan yang menghimpunkan semua operator air di Malaysia. Pada edisi terdahulu tahun 2023, Kedah telah menjadi tuan rumah dan berjaya meraih gelaran Juara Keseluruhan.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/17JPtUvBNz/

Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Tuan Radzuan Osman, dan disaksikan oleh barisan pengurusan, atlet serta urus setia kontinjen Kedah.

Dalam amanatnya, beliau menekankan bahawa penyertaan kontinjen Kedah dalam SBAM 2025 mencerminkan semangat kebersamaan dan daya juang warga kerja SADA. Beliau menyeru agar semua atlet untuk mengekalkan disiplin, mengamalkan semangat kesukanan yang tinggi dan memberi persembahan terbaik, sekali gus membawa nama Kedah dengan penuh kebanggaan di pentas kebangsaan.

Jersi kontinjen Kedah tahun ini menampilkan tema “The North Wave” yang diinspirasikan daripada logo SADA, dengan sentuhan elemen origami yang melambangkan kekuatan, ketangkasan dan perpaduan pasukan.

Pada edisi kali ini, kontinjen Kedah akan menyertai 10 acara sukan iaitu bola sepak, bola jaring, badminton, tarik tali, karom, dart, ping pong, boling, golf dan foot golf.

Lebih daripada sekadar pertandingan, SBAM menjadi medan untuk menjalin ukhwah, membina jaringan profesional dan mengukuhkan kerjasama, sekali gus mempererat hubungan sesama operator air demi kelestarian industri bekalan air terawat di Malaysia