Program Brisk Walk Langkah Patriotik

535298041_735049659498505_2031428095781840611_n.jpg

ALOR SETAR, 17 Ogos 2025 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) hari ini telah menganjurkan Program Langkah Patriotik bersempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2025.

Program ini bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme di samping memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja SADA khususnya. Aktiviti brisk walk sejauh 2KM mengelilingi kawasan ibu pejabat telah disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Tuan Radzuan Osman bersama-sama pengurusan dan kakitangan SADA daripada seluruh jabatan dan wilayah.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1AzjjDG4Qt/

Seiring dengan semangat kemerdekaan, warga kerja SADA turut mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh bangga sebagai tanda penghormatan kepada negara. Inisiatif ini juga menjadi simbol kesedaran bersama tentang kepentingan menghormati dan memelihara martabat bendera Malaysia.

SADA percaya bahawa langkah kecil ini mampu menjadi simbol kesatuan, semangat kebangsaan, serta komitmen terhadap kesejahteraan dan kesihatan warga kerja SADA. Semangat yang sama akan terus dizahirkan dalam menyampaikan perkhidmatan bekalan air yang terbaik demi kesejahteraan rakyat Negeri Kedah.