From Waste To Wonder Inovasi Kakitangan SADA Raih Emas di iCompEx 2025

520165346_732779416392196_3531471348194610171_n.jpg

ALOR SETAR, 14 Ogos 2025 – Satu kejayaan membanggakan buat Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) apabila Eksekutif Sumber Air, Tc. Muhammad Adam Haikal Loh berjaya merangkul Pingat Emas dalam kategori Constructions & Materials di Pertandingan International Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx 2025). Acara berprestij ini dianjurkan oleh Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS) dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 13 Ogos 2025.

Kemenangan ini diraih menerusi projek inovasi bertajuk “From Waste To Wonder: EcoBrix Reinventing Bricks With Sludge”, iaitu sebuah inisiatif penyelidikan berteraskan kelestarian alam sekitar melalui pemanfaatan enapcemar daripada loji rawatan air sebagai bahan tambahan dalam penghasilan bata berasaskan tanah liat. Kajian ini dijalankan bagi meneroka potensi sisa industri air sebagai sumber alternatif dalam industri pembinaan, sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada sumber semula jadi dan beban pelupusan ke tapak pelupusan terjadual.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1CUSD9BVWM/

Pendekatan ini selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya dalam aspek pengurusan sisa, inovasi industri, dan kelestarian bandar.

Kejayaan ini juga mencerminkan keberkesanan Program Pembangunan Kerjaya SADA yang memberi penekanan kepada peningkatan kemahiran, pendedahan teknologi baharu, dan peluang penyelidikan kepada warga kerja.

Pihak pengurusan SADA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada beliau atas pencapaian ini, serta berharap ia menjadi inspirasi kepada semua warga kerja SADA untuk terus mencipta inovasi demi kelestarian perkhidmatan bekalan air di Negeri Kedah.