SADA Ke Arah Tenaga Hijau & Mampan

525976881_720200994316705_7632287992497536722_n (1).jpg

ALOR SETAR, 30 Julai 2025 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) telah menyertai Bengkel Pembangunan Tenaga Solar bersama pihak pelabur dan kontraktor, bertempat di Hotel Raia, Alor Setar.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Tuan Radzuan Osman, dan turut disertai oleh barisan pengurusan serta kakitangan teknikal yang berkaitan.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1CEyjjkvXr/

Program pembangunan tenaga solar ini akan menyaksikan pelaksanaan pemasangan sistem solar di 32 buah Loji Rawatan Air (LRA) SADA di seluruh Negeri Kedah, dan bengkel ini merupakan antara langkah awal penting dalam proses tersebut.

Tujuan bengkel adalah untuk memberikan pemahaman menyeluruh dari sudut teknikal, operasi dan potensi penjimatan tenaga, sekali gus memperkukuh kefahaman semua pihak sebelum pelaksanaan projek.

Langkah ini mencerminkan komitmen SADA ke arah penggunaan tenaga boleh baharu (renewable energy), kecekapan kos operasi dan kelestarian perkhidmatan demi masa depan yang lebih hijau.