Kerja-Kerja Pembaikan Dan Penyelenggaraan Berkala Di LRA Bukit Pinang Fasa 2 & 3

524377649_718623701141101_4248194581996946234_n.jpg

ALOR SETAR, 28 Julai 2025 - Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) pada hari ini telah melaksanakan beberapa kerja teknikal melibatkan pembaikan dan penyelenggaraan di Loji Rawatan Air Bukit Pinang Fasa 2 & 3.

Antara kawasan yang terkesan dengan henti tugas berjadual ini antaranya Pekan Alor Setar, Simpang Kuala, Datuk Kumbar, Tanjung Bendahara, Langgar dan beberapa kawasan lain.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1D7hxYoifT/

Setakat jam 8.00 malam tadi, 60 peratus daripada kawasan terjejas di Daerah Kota Setar kembali pulih. Walau bagaimanapun, tempoh masa pemulihan adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air.

SADA sedang membuat pemantauan berterusan dan akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mempercepatkan proses pemulihan bekalan kepada pengguna-pengguna yang terkesan.

Perkembangan terkini berhubung gangguan bekalan air ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa melalui platform digital rasmi syarikat.