Kunjungan Hormat Pengerusi SPAN

ALOR SETAR, 24 Julai 2025 - Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) berbesar hati menerima kunjungan hormat pertama daripada Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), YBhg. Datuk Ir. Abdul Kadir bin Mohd Din bersama delegasi petang ini di Menara SADA.
Sebagai badan kawal selia industri perkhidmatan air negara, SPAN memainkan peranan penting dalam memastikan operator beroperasi secara cekap, mampan dan mematuhi piawaian yang ditetapkan.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1AE4qopaPt/
Turut hadir dalam kunjungan ini adalah Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Dato’ Haji Mohammad Yusoff @ Munir bin Zakaria.
Antara delegasi SPAN yang hadir ialah Pengarah Kanan Bahagian Operasi Wilayah SPAN, Lt Kol Ir. Mohd Jalaludin Sulaiman, mewakil Ketua Pegawai Eksekutif SPAN, Pengarah Kanan Bahagian Undang-undang dan Kesetiausahaan, Pn. Sujatha Nair, Pengarah SPAN Wilayah Utara, En Khithob bin Ahmad, dan Pembantu Khas Pengerusi SPAN, Cik Fazeera binti Abdul Aziz.
YBhg. Datuk Ir. serta delegasi diberi taklimat ringkas mengenai pengoperasian SADA, termasuk cabaran semasa dan hala tuju strategik dalam meningkatkan mutu perkhidmatan bekalan air di Negeri Kedah oleh Ketua Pegawai Operasi SADA, Tuan Haji Zulazni bin Mohd Noor.
SADA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Datuk Ir. Abdul Kadir dan delegasi SPAN atas kunjungan yang penuh bermakna ini. Semoga hubungan strategik antara SPAN dan SADA kekal utuh demi dan memberi manfaat kepada rakyat.






