Mesyuarat Lembaga Pengarah SADA Bil.2/2025

520170167_713603948309743_7484378822936966372_n.jpg

ALOR SETAR, 22 Julai 2025 – Menteri Besar Kedah merangkap Pengerusi Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA), YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah SADA bilangan dua bagi tahun 2025 yang berlangsung di Menara SADA.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Dato' Haji Mohammad Yusoff @ Munir Haji Zakaria, Pegawai Kewangan Negeri, YB Dato' Wira Haji Syed Khairol Anuar Syed Abidin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Pembangunan), YBhg. Dato' Haji Fauzi bin Mustaffa, Ahli Parlimen Merbok, YB Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan, YBhg. Dato’ Seri Haji Mohd Shukri bin Abdull, Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Tuan Radzuan bin Osman, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kedah, Tuan Zafir Anuar bin Ghazali, Ketua Pegawai Operasi SADA, Tuan Haji Zulazni bin Mohd Noor, serta Pengurus Kanan Jabatan Korporat SADA, Puan Siti Syuhairah binti Sobri.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/19pt3iXXNC/

Pelbagai perkara penting telah dibincangkan dan diputuskan dalam mesyuarat tersebut, khususnya berkaitan perancangan strategik dan hala tuju syarikat bagi baki tahun 2025.

Dalam majlis yang sama, turut berlangsung Pelancaran Pelan Antirasuah Organisasi (Organisational Anti-Corruption Plan - OACP) SADA, sebagai simbol komitmen berterusan syarikat dalam membudayakan nilai integriti serta mengukuhkan amalan tadbir urus yang telus dan berakauntabiliti di semua peringkat organisasi.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua Ahli Lembaga Pengarah SADA yang hadir dan atas komitmen yang diberikan. Diharap agar segala keputusan yang telah dicapai dapat dilaksanakan dengan berkesan demi memastikan kelangsungan perkhidmatan bekalan air yang lebih mampan, cekap dan lestari untuk manfaat seluruh rakyat Negeri Kedah.