Lawatan Tapak & Makmal Pengurusan Nilai (VM) Projek Pembinaan LRA Sungai Karangan Fasa 1

518319710_708105185526286_8931154556189629888_n.jpg

ALOR SETAR - Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) telah menganjurkan Makmal Pengurusan Nilai (VM) bagi projek pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Karangan Fasa 1 yang telah berlangsung selama tiga hari, bermula 8 hingga 10 Julai 2025 yang lalu.

Makmal VM ini melibatkan penyertaan aktif daripada beberapa pihak berkepentingan termasuk Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), perunding, serta wakil agensi teknikal yang terlibat dalam melaksanakan projek tersebut.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/19Sto6KSD9/

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Tuan Radzuan Osman, Ketua Pegawai Operasi SADA, Tuan Haji Zulazni Mohd Noor, Pengurus Kanan Jabatan Pembangunan / R&D, Ts. Hizaruddin Abd Razak dan wakil-wakil daripada wilayah dan jabatan teknikal SADA

Objektif utama makmal ini adalah untuk menghasilkan keputusan yang lebih efektif dengan mengenal pasti peluang penambahbaikan nilai melalui pendekatan sistematik, khususnya dalam aspek kos, reka bentuk, dan kecekapan pelaksanaan projek.

SADA merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menunjukkan komitmen serta kerjasama sepanjang pelaksanaan makmal ini.

Antara kawasan utama di Daerah Kulim yang bakal menerima manfaat daripada pembinaan LRA baharu tersebut ialah Kulim Industrial Corridor (KIC), Kulim Hi-Tech Park (KHTP), Padang Serai, Padang Meha dan Kulim International Airport (KXP).

Dengan usaha bersama ini, diharapkan agar projek LRA Sungai Karangan Fasa 1 dapat dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan sekali gus menyumbang kepada pembangunan infrastruktur air yang mampan di Negeri Kedah.