SADA Menyantuni Komuniti Siam Di Daerah Sik

495725975_655955350741270_5249790949101342570_n.jpg

SIK, 7 Mei 2025 - Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) terus komited dalam menyemai nilai tanggungjawab sosial melalui penganjuran program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang telah diadakan di Pusat Khidmat Majlis Keselamatan Kampung (MKK) Kampung Kubang Kesom, Sik.

Program kali ini memberi tumpuan kepada komuniti Siam yang menetap di sekitar Kampung Kubang Kesom, Kampung Kuala Beris dan Kampung Jurong.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/16eEu2ZMu3/

Seramai 30 orang penerima daripada tiga buah kampung tersebut telah menerima sumbangan berupa barangan keperluan harian yang disampaikan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Tuan Radzuan Osman.

Inisiatif ini diadakan bersempena dengan sambutan Hari Wesak yang bakal menjelang tidak lama lagi, juga sebagai tanda keprihatinan SADA terhadap pengguna dari pelbagai latar belakang kaum dan agama. Ia juga merupakan usaha berterusan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan serta memperkukuh hubungan antara syarikat dengan komuniti setempat.

Turut hadir, Ahli Majlis Daerah Sik, Encik Cham Nong A/L Inum, MKK Kampung Kubang Kesom, Encik Bummi A/L Airiam, MKK Kampung Jurong, Encik Lim Ah Teng, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP), Encik Suwan A/L Aichui, Pengurus Kanan Jabatan Korporat, Puan Siti Syuhairah binti Sobri dan Pengurus Wilayah Timur, Encik Helmi bin Jusoh.

SADA mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha kecil ini membawa makna besar kepada semua penerima dan menjadi jambatan yang menghubungkan hati antara masyarakat dan SADA.