Sumbangan Kepada Waris Keluarga Mangsa Lemas di Sungai Korok

516626678_703523982651073_8152533209845412010_n.jpg

JITRA, 9 Julai 2025 - Beberapa hari yang lalu, seluruh negara berdukacita dengan berita tragedi lemas di Sungai Korok yang telah meragut enam nyawa daripada sebuah keluarga. Yang tinggal hanyalah seorang insan kecil bernama Putri Qisya Nur Izzati yang sekelip mata bergelar anak yatim piatu.

Hari ini, Syarikat Air Darul Aman (SADA) yang diketuai oleh Pengurus Kanan Jabatan Korporat, Puan Siti Syuhairah Sobri, mewakili Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Tuan Radzuan Osman turun padang menziarahi adik Putri di kediaman ibu saudaranya di Taman Sri Aman, Jitra.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/16Z6Yqqa6p/

Sebagai tanda keprihatinan dan sokongan moral, pihak SADA menyampaikan sedikit sumbangan berbentuk wang tunai sebanyak RM1,000 serta barangan keperluan harian kepada adik Putri sekeluarga.

Kami sedar, tiada apa yang mampu menggantikan kehilangan ini. Namun kami berharap sumbangan kecil ini mampu memberi sedikit ketenangan dan meringankan beban yang ditanggung.

Semoga roh arwah keluarga adik Putri dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Seluruh warga kerja SADA mendoakan agar adik Putri terus diberikan kekuatan yang luar biasa dalam meneruskan hidup.