Bengkel Penetapan KPI Anggota SADA

Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) telah mengadakan Bengkel Penetapan Penunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicator - KPI) bagi anggota SADA.
Bengkel yang berlangsung selama tiga (3) hari ini telah disertai oleh 60 orang warga kerja SADA yang terdiri daripada Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1Bijc72aNT/
Objektif penganjuran bengkel ini adalah untuk mengukur dan mengenal pasti proses kerja yang mempunyai ruang untuk ditambah baik bagi meningkatkan tahap kecekapan setiap jabatan dalam usaha untuk mencapai visi dan misi syarikat.
Bengkel ini dikendalikan dengan bimbingan oleh konsultan daripada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA Resources Sdn. Bhd) yang diketuai oleh En. Mohd Zulkifli Abd Hamid Ketua Divisyen Sumber Manusia PBAPP.
Majlis penutup bengkel ini telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Tuan Radzuan Osman.
Semoga semua objektif yang ditetapkan dapat dicapai melalui bengkel ini sekali gus dapat meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan oleh setiap warga kerja SADA.






