Pembentangan PEDR Dan Bengkel Pengoptimuman Kos

Syarikat Air Darul Aman (SADA) telah menganjurkan satu program khas yang merangkumi pembentangan Laporan Reka Bentuk Kejuruteraan Awal (Preliminary Engineering Design – PEDR) serta Bengkel Pengoptimuman Kos (Value Engineering) bagi dua projek utama infrastruktur air di Negeri Kedah.
Program ini telah berlangsung selama dua (2) hari pada 15 dan 16 Jun 2025 di Dewan Seminar, Menara SADA melibatkan penyertaan daripada Pengurus Nilai Bertauliah (Certified Value Manager - CVM), perunding teknikal serta kakitangan SADA daripada pelbagai jabatan teknikal.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1CFfrE4spJ/
Dua projek yang terlibat dalam sesi ini ialah Projek Pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Karangan Fasa 1 di Daerah Kulim dan Projek Pembinaan Loji Rawatan Air Sidam Kiri Fasa 1 di Daerah Kuala Muda.
Antara kawasan utama yang bakal menerima manfaat daripada pembinaan dua (2) LRA baharu tersebut ialah Kulim Industrial Corridor (KIC), Kulim Hi-Tech Park (KHTP), Padang Serai, Padang Meha, Kulim International Airport (KXP), Sidam Logistic Aerospace & Manufacturing (SLAM), Kedah Aerotropolis dan Bandar Sungai Petani.
Objektif utama program ini adalah untuk meneliti, menyemak dan menambah baik reka bentuk teknikal bagi memastikan projek dilaksanakan secara optimum dari segi fungsi serta kos.
Selain itu, pendekatan Value Engineering yang digunakan telah membolehkan penilaian semula terhadap komponen reka bentuk loji dan sistem agihan air, serta mencadangkan penambahbaikan berdasarkan perbincangan secara berkumpulan menggunakan templat penilaian tersusun.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen SADA dalam memastikan setiap projek infrastruktur air yang dirancang dan dilaksanakan memberi impak positif kepada pengguna setiap kategori tarif di Negeri Kedah.






