Aktiviti Mengesan Kebocoran Paip di Pulau Langkawi Sebagai Persediaan SADA Bagi Menghadapi LIMA'25

Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) kini giat melaksanakan aktiviti mengesan kebocoran di kawasan-kawasan hotspot melalui kaedah Active Leakage Control (ALC) secara in-house di Pulau Langkawi.
Inisiatif ini merupakan antara tindakan SADA bagi menghadapi peningkatan permintaan air yang tinggi di Daerah Langkawi sempena LIMA’25 yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Akses berita penuh https://www.facebook.com/share/p/1DUy4UZJtK/
Kebocoran yang dijumpai tersebut seterusnya akan diambil tindakan pembaikan dengan kadar segera bagi memastikan sistem agihan dan tekanan air menjadi stabil.
Antara kawasan yang terlibat dan diberi perhatian adalah seperti Meritus Pelangi Beach Resort, Seroja Inn, Langkapuri Beach Resort, Pantai Cenang, Kg. Bohor Tempoyak, Kg. Bukit Lembu, Kg. Tanjung Mali dan lain-lain.
SADA terus komited dalam membekalkan air terawat yang mencukupi dan berkualiti kepada para pengguna selain dapat mengurangkan kadar peratusan Non-Revenue Water di Negeri Kedah.




