Kayuhan Sihat & Amal - Siri 3 (Daerah Kota Setar)

486021312_620211090982363_1054663566410794597_n.jpg

ALOR SETAR, 22 Februari 2025 - Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) melalui Biro Rekreasi, Kelab Sukan, Kebajikan dan Rekreasi SADA telah menganjurkan Kayuhan Sihat & Amal pada hari ini di sekitar kawasan Kuala Kedah.

Penganjuran kali ini melibatkan kira-kira 50 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan kumpulan kakitangan.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1DuURWq83R/

Kayuhan bermula pada jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 11.30 pagi. Para peserta kali ini menempuh jarak kayuhan sejauh 28KM dan berhenti di beberapa check point sepanjang perjalanan sebelum kembali semula ke lokasi permulaan.

Para peserta yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Tuan Radzuan bin Osman telah menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai kepada dua orang penerima kategori asnaf dan seorang kakitangan SADA yang sedang mengalami masalah kesihatan.

Program pada pagi ini diakhiri dengan Majlis Apresiasi Ahli Jawatankuasa Kelab Sukan, Kebajikan & Rekreasi SADA bagi sesi 2023-2025.

Semoga program serampang dua mata seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang dengan penyertaan yang lebih ramai.