Rangkuman Program Jom Kembali Ke Sekolah "Berjaya Bersama" 2025

Program Jom Kembali Ke Sekolah “Berjaya Bersama” 2025 telah memberi manfaat kepada 400 orang pelajar sekolah rendah di 18 buah sekolah terpilih di seluruh Negeri Kedah.
Memasuki edisi kedua penganjuran program ini, SADA optimis dalam menyantuni golongan yang memerlukan serta memastikan mereka hadir ke sekolah setiap hari dengan perasaan yakin dan ceria.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/17yk8iKgUJ/
SADA merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini terutamanya rakan strategik, Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta pihak pengurusan sekolah.
SADA juga berharap melalui sumbangan ini, ianya akan menjadi suntikan motivasi kepada para pelajar untuk menuntut ilmu sekali gus membentuk generasi baharu yang hebat dan berjaya di Negeri Kedah.






