Taklimat Kepada Majlis Ketua Kampung (MKK) DUN Sungai Tiang bersama Yang Berhormat Abdul Razak Khamis

486317520_618659397804199_2906112911284273804_n.jpg

PENDANG, 19 Februari 2025 - Pihak SADA, Wilayah Kedah Utara 1 telah menghadiri satu sesi taklimat bersama Majlis Ketua Kampung DUN Sungai Tiang, semalam bertempat di Pusat Khidmat Wakil Rakyat N19 DUN Sungai Tiang.

Dalam taklimat tersebut, para penduduk telah diberi penerangan berkaitan tindakan yang sedang dan akan diambil oleh SADA bagi meminimumkan risiko gangguan bekalan air di kawasan tersebut, merangkumi pelan jangka masa pendek, sederhana dan panjang.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1AuBcxMe4m/

Taklimat ini turut disertai oleh wakil daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Penghulu (bagi pihak Pejabat Daerah Pendang).

SADA berharap semua pelan tindakan tersebut dapat berjalan dengan lancar sekali gus memberi manfaat kepada penduduk setempat.