Mesyuarat Dan Lawatan Projek Bekalan Air Di Bawah Pinjaman Kerajaan Persekutuan Negeri Kedah

487519310_624791593857646_5134740561166600525_n.jpg

LANGKAWI, 27 Februari 2025 - Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), YBhg. Dato’ Mohd Rodzwan bin Mohd Baba Sakri telah menghadiri lawatan kerja ke beberapa fasiliti air di Langkawi, semalam.

Lawatan kerja ini turut disertai oleh wakil dari beberapa jabatan dan agensi Persekutuan dan Negeri Kedah antaranya Bahagian Pelaburan Strategik Kementerian Kewangan Malaysia, Bahagian Perkhidmatan Air dan Pembentungan, PETRA; Jabatan Bekalan Air, PETRA, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah (BPEN), Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri Kedah, JKR Kedah, Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) dan wakil pengurusan SADA.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1JHNNVL8fu/

Lawatan kerja ini diadakan bertujuan bagi memantau kemajuan kerja projek yang sedang berjalan dan yang telah dirancang. Program dimulakan dengan sesi taklimat dan lawatan tapak bagi Projek Meningkatkan Sistem Pengepaman di Padang Mat Sirat. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh pihak JKR Kedah.

Rombongan juga mendapat taklimat dari LSANK mengenai lokasi pembinaan Under Ground Dam (UGD) yang akan dibina di sekitar Padang Mat Sirat.

Lawatan diteruskan ke Tangki Penarak di mana para ahli lawatan diberi taklimat berkenaan Projek Pembaikan Paip Dasar Laut Sedia Ada Dari Tanah Besar Ke Pulau Langkawi.

Seterusnya ahli lawatan bergerak ke Bunded Storage Padang Saga bagi meninjau tapak cadangan projek Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) Padang Saga.

Lawatan kerja pada kali ini diakhiri dengan sesi Mesyuarat Pemantauan Projek Bekalan Air di Bawah Pinjaman Kerajaan Persekutuan yang telah berlangsung di Hotel Adya, Chenang.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dengan lawatan kerja kali ini. Semoga segala perancangan yang sedang dan akan dilaksanakan ini dapat berjalan lancar sekali gus memberi manfaat kepada pengguna SADA di Pulau Langkawi.