Mesyuarat Lembaga Pengarah SADA Bil.1/2025

481979232_609479715388834_1417352213664621465_n.jpg

ALOR SETAR, 9 Januari 2025 - Menteri Besar Kedah merangkap Pengerusi Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA), YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor pada hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengarah SADA Bil. 1/2025 bertempat di Menara SADA.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato' Seri Haji Norizan bin Khazali, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Tuan Haji Mohammad Yusoff @ Munir Haji Zakaria, Pegawai Kewangan Negeri, YB Dato' Wira Haji Syed Khairol Anuar Syed Abidin, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah (Pembangunan), YBhg. Dato' Haji Fauzi bin Mustaffa, Ahli Parlimen Merbok, YB Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan, YBhg. Dato’ Seri Haji Mohd Shukri bin Abdull, Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Tuan Radzuan bin Osman, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kedah, Tuan Zafir Anuar bin Ghazali dan Ketua Pegawai Operasi SADA, Tuan Haji Zulazni bin Mohd Noor.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/154eypUF6SE/

Pelbagai perkara telah dibincangkan dan diputuskan di dalam mesyuarat tersebut khususnya berkaitan perancangan yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2025.

Terima kasih diucapkan kepada semua Ahli Lembaga Pengarah SADA yang hadir.