Situasi Semasa Henti Tugas LRA Bukit Pinang

482250107_610039605332845_495240814559573929_n.jpg

ALOR SETAR, 10 Mac 2025 - Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Pinang kini beroperasi sepenuhnya selepas terpaksa dihenti tugas susulan kejadian litar pintas pada pekakas utama elektrik di LRA tersebut yang berlaku kira-kira jam 2.45 petang, semalam.

Kerja-kerja pembaikan dan penggantian pekakas elektrik yang hangus terbakar telah siap dilaksanakan sejak awal pagi tadi.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/15FWQspbsi/

SADA akan terus memantau proses pemulihan bekalan air bagi memastikan para pengguna yang terkesan dapat menerima bekalan air dengan kadar segera.

Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza antara sesuatu kawasan bergantung kepada jarak premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan.

Maklumat berkenaan gangguan bekalan air ini akan dimaklumkan dari masa ke masa menerusi platform media sosial dan laman sesawang rasmi SADA di www.sada.com.my atau hubungi i-SADA di talian 15404.