Mesyuarat Penyelarasan Pelan Kontigensi Bagi Menghadapi LIMA 2025

Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Tuan Radzuan bin Osman pada telah mempengerusikan Mesyuarat Pelan Kontingensi Menghadapi LIMA 2025.
Turut hadir dalam mesyuarat tersebut, Ketua Pegawai Operasi SADA, Tuan Haji Zulazni bin Mohd Noor serta wakil-wakil jabatan yang terlibat.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/16s6a87YDp/
Dalam mesyuarat tersebut, beberapa pelan tindakan telah diatur dan diperhalusi bagi memastikan penyampaian bekalan air terawat di Pulau Langkawi kekal konsisten meskipun bakal berhadapan peningkatan permintaan air yang tinggi sepanjang LIMA berlangsung.
Para pengguna dinasihatkan agar menggunakan bekalan air secara berhemah bagi mengurangkan risiko berlakunya gangguan bekalan air.






