Taklimat Penyelarasan Pusat Khidmat Setempat (PKS)

ALOR SETAR, 20 Mac 2025 - Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Tuan Radzuan bin Osman pada hari ini telah mempengerusikan Taklimat Penyelarasan Pusat Khidmat Setempat (PKS) sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Bagi tahun 2025, PKS akan diaktifkan di lima (5) lokasi yang telah dikenalpasti SADA sebagai kawasan yang berisiko tinggi mengalami gangguan bekalan air sepanjang musim perayaan. PKS tersebut akan dilaksanakan melalui jalinan kerjasama dan keterlibatan secara langsung daripada pemimpin setempat, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan kakitangan SADA sendiri.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1BWa2DHmu2/
Pengoperasian PKS akan bermula pada 30 Mac 2025 hingga 1 April 2025, bermula jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang. PKS menjadi saluran alternatif kepada pengguna untuk menyalurkan aduan selain talian careline i-SADA atau Bilik Gerakan.
Sehubungan dengan itu, sebuah lori tangki dan tangki statik akan ditempatkan di setiap lokasi PKS bagi menyelesaikan aduan penduduk setempat dengan kadar segera.
Informasi lengkap berkenaan lokasi PKS akan dikemaskini oleh SADA melalui platform digital rasmi dari semasa ke semasa.






