Mesyuarat Pengurusan SADA Bil. 01/2025

ALOR SETAR, 13 Februari 2025 - Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Tuan Radzuan bin Osman pada hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan SADA Bil. 01/2025.
Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah ketua-ketua jabatan dan pengurus-pengurus wilayah.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1Zdj7zWGFd/
Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan prestasi kewangan bagi tahun 2024 serta perancangan kewangan bagi tahun 2025.
Selain itu, mesyuarat turut menyentuh perancangan berkaitan operasi syarikat dari aspek teknikal dalam mendepani cabaran pada tahun 2025. Perancangan ini penting dalam memastikan mutu perkhidmatan syarikat berada pada tahap optimum bagi menyantuni keperluan bekalan air di negeri Kedah.






