Program Indahnya Berkongsi SADA - Bank Islam 2025

ALOR SETAR, 22 Mac 2025 - Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah menganjurkan Program Indahnya Berkongsi sempena Ramadan 1446H.
Dalam ucapannya, Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Tuan Radzuan Osman memaklumkan bahawa usaha ini selaras dengan aspirasi syarikat dalam menyumbang kembali kepada rakyat Negeri Kedah melalui penganjuran program Tanggungjawab Sosial Korporat( CSR).
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1Ahs9FzeMH/
Program dimulakan dengan aktiviti membeli-belah kelengkapan raya 54 orang anak yatim dan asnaf daripada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dan Pertubuhan Jagaan Kasih yang berlangsung di Jakel Alor Setar. Aktiviti ini turut disertai oleh warga Bank Islam yang diketuai oleh Pengarah Negeri Bank Islam Kedah/Perlis, Encik Hasnul Hadi bin Ahmad.
Pada sebelah petang, sebanyak 800 bekas Bubur Lambuk telah diedarkan kakitangan SADA dan Bank Islam kepada pengguna lalu lintas berhadapan Dataran Medan Bandar, Alor Setar.
Selepas menunaikan Solat Asar, telah berlansung sesi tazkirah kepada anak-anak yatim dan asnaf tersebut. Tazkirah tersebut telah disampaikan oleh Ketua Divisyen Pengurusan Syariah & Dakwah LZNK.
Kemuncak program adalah Majlis Iftar dan Penyampaian Sumbangan yang telah diadakan di Dewan Seminar, Menara SADA. Dalam majlis tersebut juga, SADA dan Bank Islam turut menyampaikan Wakalah Agihan Zakat Perniagaan kepada empat (4) buah masjid terpilih, PERKIM dan Pusat Jagaan Kasih.
Penganjuran program seperti ini bukan sekadar mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga SADA dan Bank Islam tetapi juga dapat meningkatkan semangat kebersamaan dalam menyantuni masyarakat setempat yang kurang bernasib baik.
SADA berharap agar sedikit sumbangan ini dapat memberi keceriaan dan senyuman kepada semua penerima di bulan Syawal yang akan tiba tidak lama lagi. #TanggungjawabSosialKorporat #SADAQAH






.jpg)