Majlis Penyerahan Cek Bayaran Cukai Tanah Bersempena Program Amanat YAB Menteri Besar Kedah Kepada Pentadbiran Tanah Negeri Kedah

484351189_613093818360757_5877458044464772787_n.jpg

ALOR SETAR, 13 Februari 2025 – Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Tuan Radzuan Osman telah menghadiri Program Amanat YAB Menteri Besar Kedah kepada Pentadbiran Tanah Negeri Kedah yang telah berlangsung di Dewan Sri Mentaloon.

Dalam program tersebut, Tuan Radzuan Osman telah menyerahkan cek bayaran Cukai Tanah Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. bagi tahun 2025 yang berjumlah RM627,304.00 kepada Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor. SADA merupakan antara agensi dan jabatan terawal yang melaksanakan pembayaran Cukai Tanah bagi tahun 2025.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1Aoy31X4Ss/

Turut hadir mewakili SADA adalah Pengurus Kanan Jabatan Korporat, Puan Siti Syuhairah binti Sobri, Pengurus Kanan Jabatan Undang-undang, Puan Salina binti Ismail dan Pengurus Kanan Jabatan Kewangan, Puan Faizah binti Basir dan Penolong Pengurus Jabatan Pengurusan Aset, Encik Mohamad Farid bin Mhd Isa.