Lawatan Ketua Pegawai Eksekutif Ke Projek Pemasangan Paip Di Skim Pida

485719662_621571134179692_52027695816691559_n.jpg

Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Radzuan Osman pada hari ini telah mengadakan lawatan sebahagian lokasi projek pemasangan paip baharu dari Jejantas Sungai Korok ke Jalan Kodiang Sanglang.

Kerja-kerja ini merupakan salah satu skop daripada Projek Menaiktaraf LRA Pelubang yang sedang dilaksanakan oleh Bina Darulaman Berhad sebagai kontraktor utama.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1Qza5KseKo/

SADA melalui pihak Wilayah Utara 2 telah membuat agihan bekalan air melalui paip baharu sepanjang 21KM ini ke kawasan Pida Kodiang – Sanglang pada 17 Mac 2025 yang lalu.

Dengan adanya sistem perpaipan baharu ini, agihan bekalan air terawat dijangka akan lebih stabil dan memberi manfaat kepada lebih 350 akaun pengguna merangkumi tujuh (7) lokasi utama antaranya Pida 5, Pida 7, Pida 8, Pida 9, Pida 10, Kampung Batu 4 dan Kampung Batu 5.

Tujuh (7) lokasi tersebut sebelum ini merupakan kawasan hotspot dan menerima bantuan bekalan air alternatif melalui lori tangki secara rutin.

SADA ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada semua pihak yang terlibat terutamanya kepada Kerajaan Negeri, JKR Kedah, BDB Sdn. Bhd. dan perunding SMHB Engineering Sdn. Bhd.

SADA berharap agar impak positif daripada usaha ini dapat dinikmati oleh para pengguna ditambah pula dengan perayaan hari raya aildilfitri yang akan tiba tidak lama lagi.