Majlis Amanat Ketua Pegawai Eksekutif SADA Tahun 2025

481997503_609221525414653_4170366549943820271_n.jpg

BUKIT PINANG, 23 Januari 2025 - Pada pagi ini telah berlangsung satu majlis perjumpaan kakitangan bersama Ketua Pegawai Eksekutif SADA.

Mengambil pendekatan berbeza berbanding majlis perjumpaan tahun baharu sebelum ini, Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Pinang dipilih sebagai lokasi pertemuan yang bertujuan bagi menghargai serta menghayati sejarah LRA Bukit Pinang yang merupakan LRA tertua di negeri Kedah.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1YPnj8XLtc/

Majlis yang bermula pada jam 8.30 pagi telah dimulakan dengan aktiviti senamrobik dan mengecat dinding sebahagian kawasan LRA Bukit Pinang.

Usai dua aktiviti tersebut, majlis diteruskan dengan agenda utama program iaitu sesi penyampaian amanat tahun baharu oleh Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Tuan Radzuan bin Osman.

Dalam ucaptama beliau, kakitangan SADA dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan sikap proaktif dan berdaya saing dalam usaha melestarikan perkhidmatan bekalan air di negeri Kedah.

Di akhir ucapan, Ketua Pegawai Eksekutif turut merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih atas segala usaha dan komitmen yang diberikan oleh semua kakitangan SADA sepanjang mengharungi tahun 2024.

Dalam majlis itu turut diadakan sesi penyerahan Insentif Akademi Dalam Industri kepada 20 orang Bakat yang merupakan kakitangan SADA dan penyampaian hadiah bagi Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan LRA.

Majlis diakhiri dengan bacaan tahlil dan doa selamat bagi memohon keberkatan serta kelancaran perjalanan operasi syarikat pada tahun 2025.