Program Indahnya Berkongsi Sempena Ramadan 1446H - Wilayah Timur

SADA melalui Pejabat Wilayah Timur telah menyampaikan sumbangan berbentuk barang keperluan makanan kepada golongan asnaf di Masjid Jeneri, Sik.
Pengurus Wilayah Timur, Ts. Helmi bin Mohamad Jusoh mewakili Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Tuan Radzuan bin Osman telah menyampaikan sumbangan kepada 36 orang penerima daripada 18 buah kampung sekitar masjid tersebut.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1E339muPRW/
Turut diadakan majlis iftar bersama Ahli Jawatankuasa Masjid Jeneri, penerima sumbangan serta sebahagian kakitangan SADA. Program diakhiri dengan Solat Terawih berjemaah di masjid tersebut.
Semoga sumbangan ini memberi manfaat dan dapat meringankan beban penerima. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
#TanggungjawabSosialKorporat #SADAQAH






