350 Akaun Pengguna Menerima Manfaat Melalui Projek Pembinaan Rumah Pam Dan Tangki Sedutan Air Putih Di Daerah Bandar Baharu

487320480_623127234024082_1086147829247149699_n.jpg

Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) melalui Projek Menaiktaraf Loji Rawatan Air (LRA) Lubuk Buntar yang diurus oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang dalam fasa akhir pembinaan Rumah Pam dan Tangki Sedutan Air Putih.

Rumah pam yang terletak di Daerah Bandar Baharu ini merupakan salah satu skop daripada Projek Menaiktaraf Loji Rawatan Air (LRA) Lubuk Buntar yang sedang dalam pembinaan.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/192eGPVcz9/

Dengan siapnya projek rumah pam ini, kira-kira 350 akaun pengguna bakal menerima bekalan air terawat yang konsisten dan mencukupi tanpa perlu menunggu LRA Lubuk Buntar siap dinaiktaraf.

Antara kawasan yang bakal menerima manfaat adalah Kampung Paya Semambu, Kampung Padang Relau, Kampung Tengah Relau, Kampung 300 Kaki, Kampung Kilang Batu, Kampung Ara Condong dan Kampung Ulu Relau.

SADA melalui Pengurusan Wilayah Selatan kini giat melakukan kerja-kerja mengesan dan membaikpulih kebocoran paip di sekitar kawasan Relau.

Melalui inisiatif ini, SADA berharap masalah ketidakcukupan bekalan air yang sering dihadapi pengguna di sekitar kawasan Relau dapat diselesaikan menjelang sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri.