Program Indahnya Berkongsi Sempena Ramadan 1446H - Wilayah Utara 1

SADA melalui Pengurusan Wilayah Utara 1 telah menyampaikan sumbangan berbentuk barang keperluan makanan kepada golongan asnaf di Masjid Darul Muhammadi, Pendang.
Pengurus Kanan Wilayah Utara 1, Encik Mohammad Shattirq bin Mazelan mewakili Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Tuan Radzuan bin Osman telah menyampaikan sumbangan kepada 21 orang penerima daripada Kampung Kerkau, Mukim Guar Kepayang.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/12LZ8a5UVHj/
Turut diadakan majlis iftar bersama Ahli Jawatankuasa Masjid Darul Muhammadi, penerima sumbangan serta sebahagian kakitangan SADA. Program diakhiri dengan Solat Terawih berjemaah di masjid tersebut.
Semoga sumbangan ini memberi manfaat dan dapat meringankan beban penerima. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
#TanggungjawabSosialKorporat #SADAQAH






