Program Indahnya Berkongsi Sempena Ramadan 1446H - Wilayah Selatan

SADA melalui Pengurusan Wilayah Selatan telah menyampaikan sumbangan berbentuk barang keperluan makanan dan wang tunai kepada golongan asnaf di sekitar kawasan Taman Kenari, Kulim.
Pengurus Wilayah Selatan, Ts. Tunku Syaiful Reezal bin Tunku Sulieman mewakili Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Tuan Radzuan bin Osman telah menyampaikan sumbangan kepada 10 orang penerima.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/16RynCfBcu/
Selain itu, Pengurusan Wilayah Selatan turut menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai kepada Masjid Al- Muhajirin, Taman Tunku Putra dan Surau Al-Wathan, Kampung Padang Tembak bagi kegunaan iftar dan moreh.
Semoga sumbangan ini memberi manfaat dan dapat meringankan beban penerima. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
#TanggungjawabSosialKorporat #SADAQAH






