Kerja-Kerja Pemasangan Paip Pintasan (Bypass) Changkuan

Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) telah melaksanakan kerja-kerja pemasangan paip pintasan (bypass) Changkuan bersaiz 300mm.
Projek ini dilaksanakan bagi memperbaiki masalah tekanan air di beberapa kawasan antaranya Kebun Limau Pemandangan Indah dan Pemandangan Indah Guest House.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1CWusWDFHS/
Projek ini merupakan sebahagian daripada tindakan SADA bagi menghadapi permintaan air yang tinggi sempena LIMA’25 yang akan berlangsung pada bulan hadapan.
SADA berharap usaha ini dapat meminimumkan gangguan bekalan air terutamanya berkaitan masalah tekanan rendah di penghujung sistem agihan.






