Persediaan SADA Dalam Menghadapi Hari Raya Aidilfitri Dan LIMA'25 Di Pulau Langkawi

Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) telah mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan projek pemasangan Pressure Reducing Valve (PRV) di dua (2) buah lokasi iaitu Simpang Kolej Lagenda dan Chandekura, Langkawi.
Projek ini dilaksanakan melalui peruntukan dalaman dan merupakan antara tindakan persediaan SADA dalam menghadapi LIMA’25.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/16ar53xLZ2/
Fungsi utama PRV tersebut adalah untuk mengawal paras Tangki Changkuan dan Dundong selain dapat mengurangkan kebocoran pada sistem agihan utama.
Antara kawasan yang menerima manfaat daripada projek ini adalah Bendang Baru, Kampung Kuah, Kuarters KASTAM, Kampung Kuala Temoyong, Seroja Inn dan lain-lain.
SADA berharap agar inisiatif ini dapat meminimumkan gangguan bekalan air terutamanya berkaitan masalah tekanan rendah di penghujung sistem agihan.






