Sesi Libat Urus SPAN Dan SADA Bersama Pengusaha Hotel di Pulau Langkawi

LANGKAWI, 29 April 2025 - Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) telah turut serta dalam sesi libat urus Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bersama sebahagian pengusaha-pengusaha hotel di Pulau Langkawi.
Sesi libat urus ini merupakan salah satu inisiatif SPAN dan SADA bagi memastikan keterjaminan bekalan air terawat di Pulau Langkawi sepanjang LIMA’25 yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1ZU73cEefA/
Dua perkara utama yang diberi perhatian oleh pihak SPAN dan SADA pada tinjauan kali ini adalah berkaitan tangki simpanan dan sistem pengepaman air persendirian milik hotel.
Mengikut kaedah 50, Kaedah-kaedah Industri Perkhidmatan Air (Retikulasi Air Dan Pemasangan Paip) 2014, Akta 655, tangki simpanan hotel hendaklah dibina dengan muatan simpanan tidak kurang daripada permintaan air satu hari berdasarkan corak penggunaan premis tersebut.
Ketidakcukupan muatan tangki simpanan akan mengganggu operasi premis berkaitan jika mengalami gangguan bekalan air.
Mengikut Kaedah 45 juga turut menekankan kaedah pemasangan pam yang betul agar tidak mengurangkan atau menjejaskan tekanan air yang dibekalkan melalui saluran utama awam (main pipe).
Antara hotel-hotel yang terlibat dalam sesi libat urus ini adalah Meritus Pelangi Beach Resort, Langgura Baron Resort, D’Lima Beach Inn dan Hotel Villa Thai.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pengusaha hotel terlibat atas kerjasama yang diberikan sepanjang sesi libat urus ini berlangsung.






