Projek Pemasangan Pressure Reducing Valve (PRV) Di Pulau Langkawi

Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) telah melaksanakan projek pemasangan Pressure Reducing Valve (PRV) di tiga (3) buah lokasi di Pulau Langkawi iaitu PULAPOL, Rebak Marina dan Jalan Kok.
Projek ini dilaksanakan melalui peruntukan dalaman dan merupakan antara tindakan persediaan SADA dalam menghadapi LIMA’25.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1BXkeLwjZt/
Fungsi utama PRV tersebut adalah untuk mengawal tekanan serta menstabilkan aliran air di kawasan-kawasan yang berada di penghujung sistem agihan dan berkedudukan tinggi. Pemasangan PRV ini juga dapat mengurangkan kebocoran pada sistem agihan utama.
Antara kawasan yang menerima manfaat daripada projek ini adalah Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC), Hotel Ritz Carlton dan kawasan sekitar.
SADA berharap agar inisiatif ini dapat mengatasi isu peningkatan permintaan air sepanjang LIMA’25 berlangsung sekali gus meminimumkan gangguan bekalan air di kawasan tersebut.






