Komitmen SADA dalam Menjamin Kelestarian Bekalan Air Sempena LIMA'25

497515411_661342430202562_1967615175505183402_n.jpg

Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) kini berada dalam fasa persediaan akhir bagi menghadapi Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25), sebuah acara dwitahunan bertaraf dunia yang bakal menghimpunkan ribuan pengunjung tempatan dan antarabangsa di Pulau Langkawi.

Sebagai penyedia perkhidmatan air terawat tunggal di Negeri Kedah, SADA komited untuk memastikan kelancaran acara bertaraf antarabangsa ini dengan menyediakan bekalan air yang efisien, selamat dan berterusan kepada semua pihak yang terlibat.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1ZFsoM3ZZa/

Tahukah anda? Sekitar 60 peratus bekalan air terawat di Pulau Langkawi disalurkan dari Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Baru di tanah besar, melalui paip dasar laut sepanjang 35 kilometer.

Bagi menjamin kesiapsiagaan sistem bekalan air sempena LIMA’25, SADA telah melaksanakan pelbagai persediaan dari aspek teknikal, yang merangkumi: • kerja-kerja pembaikan kebocoran pada paip dasar laut; • penyelenggaraan berkala sistem mekanikal dan elektrikal; • pemeriksaan ke atas tangki-tangki simpanan serta sistem pengepaman; • pemantauan berterusan terhadap kualiti air dan • persediaan logistik bantuan alternatif melalui lori tangki

Semua usaha ini mencerminkan komitmen berterusan SADA dalam menyokong kelancaran LIMA’25 serta memastikan bekalan air yang stabil dan berkualiti untuk penduduk dan pengunjung sepanjang tersebut acara berlangsung.

SADA akan terus memantau setiap aspek teknikal dan operasi secara berterusan bagi memastikan gangguan bekalan air yang akan berlaku disebabkan peningkatan permintaan air yang tinggi dapat diminimumkan sekali gus menyumbang kepada kejayaan penganjuran LIMA’25.