Mesyuarat Penyelarasan Pelan Kontingensi LIMA'25 dan Mesyuarat Pengurusan SADA Bil. 2/2025

LANGKAWI, 19 & 20 Mei 2025 – Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Tuan Radzuan Osman telah mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Pelan Kontingensi LIMA’25 dan Mesyuarat Pengurusan SADA Bil. 2/2025. Kedua-dua mesyuarat tersebut telah berlangsung di Hotel Adya, Chenang.
Turut hadir dalam mesyuarat tersebut adalah ketua-ketua jabatan dan pengurus-pengurus wilayah.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/16aTQtomA2/
Mesyuarat ini diadakan bagi menyelaras tindakan persediaan akhir yang telah diambil SADA dalam memastikan keterjaminan bekalan air terawat di Pulau Langkawi sepanjang berlangsungnya acara LIMA’25.
Mesyuarat Pengurusan SADA pula membincangkan usul baharu, menilai pencapaian semasa serta merangka strategi penambahbaikan mutu perkhidmatan kepada rakyat Negeri Kedah.
Antara perkara yang diberi tumpuan termasuk isu-isu operasi, perancangan projek masa hadapan, peningkatan tahap kepuasan pelanggan serta beberapa lagi perkara lain.
Semoga semua tindakan yang diambil dan dirancang dapat berjalan lancar serta memberi manfaat seperti yang diharapkan demi kesejahteraan para pengguna.






