Program Kenduri Rakyat & Penyampaian Sumbangan Sempena Hari Raya Aidiladha 1446H

BALING, 9 Jun 2025 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Al Hasaniah Kariah Rambong Pulai telah menganjurkan Program Kenduri Rakyat & Penyampaian Sumbangan sempena Hari Raya Aidiladha 1446H yang telah berlangsung di Masjid Al Hasaniah Kariah Rambong Pulai, Baling.
Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara SADA dengan masyarakat setempat, menyantuni golongan yang memerlukan serta meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha. Seramai 1000 orang tetamu yang terdiri daripada penduduk kampung dan kakitangan SADA telah menghadiri majlis tersebut.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1BPvAd3QFg/
Dalam program yang sama, SADA turut menyerahkan mock cheque Wakalah Agihan Zakat Perniagaan SADA kepada lima (5) buah organisasi iaitu Masjid Al Hasaniah, Surau Al Ikhlas, Surau Al Mutaqim, Surau Kampung Paya dan Akademi Huffaz Al Halimiah. Selain itu, SADA turut mengagihkan sumbangan daging lembu kepada 50 orang penerima kategori asnaf di kampung tersebut.
Penyampaian sumbangan itu telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Tuan Radzuan Osman, sebagai simbolik kepada komitmen SADA dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan menyantuni komuniti setempat.
SADA mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga usaha kecil ini membawa makna besar kepada kita semua, seiring dengan semangat Hari Raya Aidiladha yang menuntut kita untuk menghayati erti pengorbanan.
#TanggungjawabSosialKorporat #SADAQAH






