SADA Santuni Rumah Orang Tua Berbangsa Cina

KUALA NERANG, 22 Januari 2025 - Sempena perayaan Tahun Baru Cina yang akan disambut pada 29 Januari 2025 nanti, Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) mengambil peluang untuk menghulurkan sumbangan serta menyantuni penghuni di Rumah Orang Tua Bukit Bethel, Kuala Nerang bagi memeriahkan lagi suasana sambutan perayaan mereka.
Penyerahan sumbangan berupa bekalan makanan dan Angpau itu telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Tuan Radzuan bin Osman.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1AKWkzQkdo/
SADA komited dalam usaha menghulurkan sumbangan yang bermanfaat kepada masyarakat tanpa mengira latar belakang kaum dan agama. Diharap agar kehadiran SADA pada hari ini dapat memberi keceriaan kepada penghuni-penghuni rumah kebajikan tersebut.
#TanggungjawabSosialKorporat






