Kunjungan Hormat SADA Ke Atas TM One

482027140_609218712081601_8212611502042948353_n.jpg

ALOR SETAR, 19 Januari 2025 - Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) telah mengadakan kunjung hormat kepada TM One bertempat di Menara TM, Alor Setar.

Dalam sesi pertemuan kali ini, pelbagai perkara telah dibincangkan terutama berkenaan kerjasama strategik antara dua syarikat dalam perkhidmatan pusat panggilan serta sistem pengurusan aduan iaitu i-SADA.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1AtdH4AAfa/

Delegasi SADA diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Radzuan Bin Osman manakala deligasi TM One diketuai oleh Pengurus Besar Wilayah Utara TM One, Encik Ahmad Nazri Bin Ambi.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua yang hadir, semoga kerjasama strategik serta jalinan hubungan ini akan memberi manfaat kepada semua pihak.