Majlis Bacaan Yasin & Doa Selamat Sempena Sambutan Jubli Baiduri SADA

482009224_608556105481195_6601558468572270656_n.jpg

ALOR SETAR, 2 Januari 2025 – Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) membuka tirai sambutan ulang tahun penubuhan ke-15 dengan menganjurkan Majlis Bacaan Yasin Dan Doa Selamat yang berlangsung di Masjid Albukhary, Alor Setar.

Majlis ini khusus diadakan bagi memohon kerahmatan serta perlindungan Allah SWT agar SADA terus terpelihara, dilancarkan segala urusan pengoperasian serta dijauhkan negeri Kedah daripada berlakunya sebarang musibah atau bencana alam.

Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1AZrAoazFE/

Majlis dimulakan dengan penyampaian Wakalah Agihan Zakat Perniagaan SADA kepada Masjid Albukhary dan Maahad Tahfiz Al-Quran Derga yang telah disampaikan oleh Menteri Besar Kedah merangkap Pengerusi SADA, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi bin Md Nor.

Majlis diteruskan dengan Solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh YAB Menteri Besar dan diteruskan dengan Solat Hajat, bacaan yasin dan doa selamat yang dipimpin oleh Imam Besar Masjid Albukhary, Tuan Haji Mohmad Nasrudin Ismail dan diakhiri dengan Solat Isyak yang turut dihadiri kira-kira 500 orang jemaah.

Hadir sama dalam majlis hari ini ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato’ Seri Haji Norizan bin Khazali, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB Tuan Haji Mohammad Yusoff @ Munir bin Zakaria, Pegawai Kewangan Negeri Kedah, YB Dato' Wira Haji Syed Khairol Anuar bin Syed Abidin, Ahli Parlimen Merbok, YB Tuan Mohd Nazri bin Abu Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Tuan Radzuan bin Osman, Ketua Pegawai Eksekutif Kompleks Albukhary, Encik Johar bin Mohd Noor, Ketua Pegawai Operasi SADA, Tuan Haji Zulazni bin Mohd Noor, serta warga kerja SADA.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Semoga apa yang didoakan dan dihajati dimakbulkan oleh Allah SWT.

#JubliBaiduriSADA #SADA15Tahun