Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Kedah Bersama YAB Menteri Besar Kedah

ALOR SETAR, 2 Januari 2025 – Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA), Tuan Radzuan bin Osman telah menghadiri Majlis Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Kedah Bersama Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah bertempat di Dataran Wisma Darul Aman, yang turut dihadiri oleh penjawat awam dari pelbagai agensi negeri dan persekutuan.
Dalam ucaptama beliau, YAB Menteri Besar Kedah menasihati semua penjawat awam agar menjalankan amanah yang diberikan dengan adil dan saksama selain menjadikannya sebagai amal jariah, jasa, budi dan pahala yang kita akan tinggalkan apabila kita sudah tiada lagi di dunia ini.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1DwDmxZLqm/
Dalam majlis tersebut, YAB Menteri Besar Kedah turut merasmikan Pelancaran Pelan Strategik Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah 2025-2028, Penyampaian Sijil (PENSIJILAN SEMULA) Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 & Sistem Pengurusan Antirasuah MS ISO 37001:2016 Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah oleh SIRIM QAS INTERNATIONAL SDN. BHD. dan Pelancaran iHOME KEDAH.
Hadir bersama ke majlis ini, Pengurus Kanan Jabatan Korporat, Puan Siti Syuhairah binti Sobri, Pengurus Kanan Jabatan Kewangan, Puan Faizah binti Basir, Pengurus Kanan Jabatan Ukur Bahan, Sr. Siti Sarah binti Husin, Pengurus Jabatan Teknologi Maklumat, Tuan Haji Muhammad Hilmi bin Abdul Halim dan Pengurus Jabatan Keselamatan, Encik Mohamad Zulfadzli bin Mohamad Yusoff.






