Majlis Pemakaian Pangkat Polis Bantuan SADA Tahun 2026
ALOR SETAR, 10 November 2026 - Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SADA, YBhg. Dato' Radzuan Bin Osman.
Pada majlis ini, 22 anggota Polis Bantuan SADA yang terdiri daripada 2 Pegawai dan 20 Anggota telah disematkan pemakaian pangkat.
Akses berita penuh di https://www.facebook.com/share/p/1BsNEWw4q5/
Selain daripada pengiktirafan, ia turut mencerminkan amanah dan disiplin yang perlu dipikul oleh setiap anggota Polis Bantuan SADA dalam memastikan keselamatan warga kerja dan infrastruktur SADA sentiasa terpelihara.
Tahniah diucapkan kepada semua pegawai dan anggota Polis Bantuan SADA. Semoga pengiktirafan ini dijadikan sebagai suntikan semangat untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan penuh integriti dan profesionalisme.
